WELCOME TO MY BLOG SOO ENG KWI D20102043298 EL-M03

Unsur-unsur seni

Thursday, November 10, 2011

Tahun 1     : 1
Bidang       : Membuat corak dan Rekaan
Aktiviti       : Capan
Tema         : Alam Semula Jadi
Tajuk         : Hiasan Tabung
Masa         : 60 minit
Media        : Alat     : berus, palet, dan daun
                    Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
BBM         : Contoh-contoh corak teknik capan
EMK         : Elemen Kreativiti dan Inovatif

Persepsi Estetik
  • Guru menunjukkan contoh-contoh karya corak yang terhasil daripada teknik capan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti jalinan, rupa, warna harmoni dan kesatuan.
Aplikasi Seni
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak   teknik capan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik capan.
Ekspresi Kreatif
  • Murid menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan binbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
  • Sediakn sekeping kertas lukisan.  
  • Bancuhkan warna yang hendak digunakan.
 Langkah 2
  • Sapukan warna yang telah dibancuh pada permukaan daun.
  •  Capkan daun yang telah diwarnakan dengan menekankannya pada kertas lukisan.
 
 
Langkah 3
  • Ulangi langkah 2 menggunakan warna yang berlainan.
  • Capkan secara bertindih-tindih sehingga memenuhi ruangan.
Langkah 4
  • Setelah hasil kerja siap dan dikeringkan, hasil tersebut boleh dilekatkan pada tin minuman sebagai hiasan tabung.
 Apresiasi Seni
  •  Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
  • Murid menceritakan pengalaman masing-masing ketika melakukan aktiviti.
 

    No comments:

    Post a Comment