WELCOME TO MY BLOG SOO ENG KWI D20102043298 EL-M03

Unsur-unsur seni

Thursday, November 10, 2011

DSV TAHUN 1

Bidang     : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti     : Renjisan dan Percikan
Tema       : Alam Semula Jadi
Tajuk       : Pembalut Buku
Masa       : 60 minit
Media      : Alat      : berus gigi, palet, dan daun
                  Bahan  : kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
BBM       : Contoh-contoh corak teknik percikan
EMK       : Elemen kreativiti dan Inovatif

Persepsi Estetik

  • Guru menunjukkan contoh-contoh corak yang terhasil daripada teknik renjisan dan percikan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur jalinan, warna, rupa, kontra, ritma dan pergerakan, dan harmoni.
Aplikasi Seni
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik percikan dan renjisan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan.
  • Guru menunjuk cara penghasilan corak renjisan dan percikan.
Ekspresi Kreatif
  • Murid menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut:
Langkah 1
  • Bancuhkan warna air atau tempera alam palet.
  • Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
  • Sediakan sekeping kertas lukisan. 
  • Sediakan motif seperti yang diinginkan ( daun )

Langkah 2
  • Susun daun di atas kertas lukisan.




Langkah 3

  • Sapukan warna pada berus gigi dan percikan warna pada permukaan kertas dengan menggunakan sikat atau jari.

Langkah 4
  • Ulangi langkah 3 menggunakan warna yang berbeza.

Langkah 5
  • Setelah siap alihkan daun daripada kertas lukisan dan jemur hingga kering.





Apresiasi Seni

  • Murid mempamerkan hasil kerja.
  • Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment