WELCOME TO MY BLOG SOO ENG KWI D20102043298 EL-M03

Unsur-unsur seni

Friday, November 11, 2011

Tahun 1     : 1
Bidang       : Membuat corak dan Rekaan
Aktiviti       : Lukisan
Tema         : Alam Benda
Tajuk         : Corak Motif Huruf
Masa         : 60 minit
Media        : Alat     : ( tiada )
                    Bahan : kertas lukisan, krayon atau oil pastel
BBM         : Contoh corak teknik lukisan dan CD lagu
EMK         : Elemen Kreativiti dan Inovatif
                   TMK

Persepsi Estetik
  • Guru meminta murid menyanyikan lagu 'ABC ' dengan iringan muzik.
  • Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai oleh mereka.
  • Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotifkan huruf kepada murid. 
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur garisan, warna, rupa, imbangan, dan kontra.
Aplikasi seni
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik lukisan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan teknik lukisan.
Ekspresi kreatif
  • Murid menghasilkan corak teknik lukisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah1
  • Sediakan kertas lukisan dan warna pastel.
Langkah 2
  • Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang dengan menggunakan pelbagai warna.

 Langkah 3
  • Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mencorak dengan teknik lukisan.
Apresiasi Seni
  • Murid mempamerkan hasil kerja.
  • Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

No comments:

Post a Comment