WELCOME TO MY BLOG SOO ENG KWI D20102043298 EL-M03

Unsur-unsur seni

Thursday, November 17, 2011

EVIDENS BERDASARKAN BAND STANDARD PRESTASI
DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 1
Bidang menggambar

Sambungkan titik-titik di bawah.
EVIDENS BERDASARKAN BAND STANDARD PRESTASI
DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 1

Nama : ______________________        Tahun : ________________

Padankan gambar rajah di bawah.



Monday, November 14, 2011


EVIDENS BERDASARKAN BAND STANDARD 
DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 1
Nama : ________________________          Tahun : _________
Warnakan dengan warna primer dan sekunder.

EVIDENS BERDASARKAN BAND STANDARD PRESTASI
DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 1
Bidang membentuk dan membuat binaan


Nama: _____________________                Tahun : ______


Tandakan / bagi bentuk konkrit.










 
EVIDENS BERDASARKAN BAND STANDARD PRESTASI
DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 1
Bidang mencorak - Percikan dan Renjisan

Nama  :  ........................................................................................
Tahun :  1  .........................................
Jalinan. Lengkapkan lukisan daun di bawah.


Friday, November 11, 2011

Tahun 1     : 1
Bidang       : Membuat corak dan Rekaan
Aktiviti       :Titisan
Tema         : Alam Benda
Tajuk         : Pembalut Hadiah
Masa         : 60 minit
Media        : Alat     : berus, palet
                    Bahan : kertas lukisan dan warna air atau warna poster atau tempera
BBM         : Contoh-contoh corak teknik titisan
EMK         : Elemen Kreativiti dan Inovatif
                    Keusahawanan

Persepsi  Estetik
  • Guru memainkan lagu ' Selamt hari Jadi'.
  • Guru bersoal jawab tentang majlis hari jadi yang pernah dihadiri oleh mereka.
  • Guru menunjukkan kotak yang telah disampulkan atau dibungkus dengan pembalut hadiah.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan seperti jalinan, warna, ritma, dan pergerakan, dan imbangan pada pembalut hadiah yang telah ditunjukkan.
Aplikasi Seni
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak titisan.
  • Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan corak titisan.
  • Guru menunjuk cara untuk menghasilkan corak dengan teknik titisan.

Ekspresi Kreatif
  • Murid menghasilkan corak teknik titisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
  • Sediakan sekeping kertas lukisan.
  • Basahkan kertas dengan air.
  • Bancuh warna air atau tempera dalam palet.
  • Buat bancuhan warna primer dan sekunder.
    Langkah 2
    • Celupkan berus dalam warna dan titisan pada kertas lukisan secara bebas.
      Langkah 3
      • Ulangi langkah 2 dengan warna yang berbeza.

        Langkah 4
        • Jemur kertas lukisan sehingga kering.
        Apresiasi Seni
        • Murid mempamerkan hasil kerja.
        • Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.
        • Guru membuat rumusan dan memberi cagangan agar murid menggunakan karya mereka untuk dijadikan pembalut hadiah serta membincangkan harga untuk karya mereka.



          Tahun 1     : 1
          Bidang       : Membuat corak dan Rekaan
          Aktiviti       : Lukisan
          Tema         : Alam Benda
          Tajuk         : Corak Motif Huruf
          Masa         : 60 minit
          Media        : Alat     : ( tiada )
                              Bahan : kertas lukisan, krayon atau oil pastel
          BBM         : Contoh corak teknik lukisan dan CD lagu
          EMK         : Elemen Kreativiti dan Inovatif
                             TMK

          Persepsi Estetik
          • Guru meminta murid menyanyikan lagu 'ABC ' dengan iringan muzik.
          • Murid menyatakan satu huruf yang paling disukai oleh mereka.
          • Guru menunjukkan contoh-contoh corak bermotifkan huruf kepada murid. 
          • Guru berinteraksi dengan murid tentang unsur garisan, warna, rupa, imbangan, dan kontra.
          Aplikasi seni
          • Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat aktiviti corak teknik lukisan.
          • Guru berinteraksi dengan murid tentang cara penggunaan media dalam penghasilan teknik lukisan.
          Ekspresi kreatif
          • Murid menghasilkan corak teknik lukisan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
          Langkah1
          • Sediakan kertas lukisan dan warna pastel.
          Langkah 2
          • Tuliskan huruf yang dipilih secara berulang dengan menggunakan pelbagai warna.

           Langkah 3
          • Guru membimbing murid menjalankan aktiviti mencorak dengan teknik lukisan.
          Apresiasi Seni
          • Murid mempamerkan hasil kerja.
          • Murid menceritakan hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.